Showing posts with label kursus gubahan bunga. Show all posts
Showing posts with label kursus gubahan bunga. Show all posts

Thursday, 28 November 2024

Seminar Asas Perniagaan Gubahan Bunga ke Korporat Berjaya diadakan di Puncak Alam

 Seminar Asas Perniagaan Gubahan Bunga ke Korporat Berjaya diadakan di Puncak Alam

 

Puncak Alam, 27 November 2024 – Seminar Asas Perniagaan Gubahan Bunga ke Korporat anjuran Petals2U Academy dengan kerjasama SChamp Creative Solution Sdn Bhd berlangsung dengan jayanya semalam. Program ini telah menarik penyertaan daripada individu dalam industri floristry yang bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan mereka dan membina rangkaian kerjasama strategik.

Peserta Seminar bergambar bersama trainer

Sepanjang seminar ini, para peserta diberi pendedahan tentang potensi dan peluang dalam perniagaan gubahan bunga yang melangkaui skop tradisional. Mereka juga mempelajari strategi dan kaedah untuk memperkukuhkan jenama masing-masing dalam pasaran korporat yang kompetitif.

Pengisian Seminar oleh Pakar Berpengalaman

Program ini menampilkan dua tenaga pengajar berpengalaman:

Perkongsian pengalaman tentang perjalanan dan pengurusan perniagaan florist oleh Amirul Khalid (berbaju putih).
  1. Tuan Amirul Khalid – Pemilik syarikat Petals2U dan pakar dalam industri floristry dengan pengalaman lebih daripada 15 tahun. Beliau berkongsi pandangan mendalam mengenai peluang perniagaan gubahan bunga dalam sektor korporat serta teknik untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang,
  1. Tuan Baharim menyarankan agar usahawan menguasai kemahiran pemasaran terutama dalam dunia segalanya digital.
  2. Tuan Baharim Sukari – Founder M Niaga Online Magazine dan M Niaga TV (YouTube), beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam dunia perniagaan dan pemasaran. Dalam sesi beliau, peserta didedahkan kepada kepentingan pemasaran digital dan penciptaan kandungan (content creation) sebagai alat untuk meningkatkan keberkesanan jualan dan pemasaran.

Membina Jaringan dan Memperkukuh Ilmu

Selain pembelajaran, seminar ini turut menyediakan platform bagi para peserta untuk membina jaringan yang kukuh dalam kalangan usahawan florist. Sambutan yang positif daripada peserta mencerminkan kejayaan seminar ini dalam memberikan nilai tambah kepada komuniti perniagaan gubahan bunga.

Program seperti ini diharap dapat membantu lebih ramai usahawan florist untuk melangkah ke tahap lebih tinggi, bukan sahaja dari segi perniagaan tetapi juga dalam memperkukuh hubungan profesional di kalangan pemain industri.

Tahniah diucapkan kepada Petals2U Academy dan SChamp Creative Solution Sdn Bhd atas penganjuran seminar yang inspiratif ini!





Seminar Asas Perniagaan Gubahan Bunga ke Korporat
( Siri 2)







Saturday, 16 November 2024

KELAS ASAS GUBAHAN BUNGA SEGAR PETALS2U



KELAS ASAS GUBAHAN BUNGA SEGAR
By Petals2u Floral Academy





KELAS ASAS GUBAHAN(NewBie)
Tarikh: Disember 2026
Waktu: 10.00pagi- 4petang
Lokasi: Selangor & KL
Apa yang akan anda pelajari:
1. Alatan & Bahan Asas
2. Pemilihan Bunga
3. Penjagaan Bunga
4. Warna
5. Penyusunan Bunga
6. Bunga Utama & Sampingan
7. Ikatan Ribbon
8. Struktur & Bentuk
9. Wrapping
10. Tips Penjagaan Bouquet
PETALS2U FLORAL ACADEMY

Artikel:

https://images.app.goo.gl/1QFEMTHqnhnUisMG8

 

Kedai Bunga Sungai Buloh Yang Ramai Pelanggan Repeat Order Sejak 2011

  Kedai Bunga Sungai Buloh Yang Ramai Pelanggan Repeat Order Sejak 2011 Sedang Mencari Kedai Bunga Terbaik di Sungai Buloh? Sama ada anda in...